Friday 28 October 2011

Kesan Kebiadaban di Dunia Siber

Acap kali kita akan terbaca beberapa artikel di laman web yang akan menggunakan perkataan-perkataan yang kasar dan kesat.  Mengapa perkara seperti ini terjadi?  Adakah kerana kita bebas menyuarakan sesuatu perkara sehingga makian dan juga cacian menjadi sulaman dalam setiap percakapan khususnya penulisan? Adakah ini yang dinamakan demokrasi?

Tuanku Mizan pernah bertitah, kebiadaban dan bahasa kesat pengguna Internet perlu di pandang serius begitu juga degan kebebasan siber yang boleh saja digunakan sebagai saluran untuk menabur fitnah, hasutan, dan perjudis yang tebal dengan unsur-unsur perkauman.   Maka rakyat perlu sedar tentang perkara ini kerana perisai perpaduan akan menjadi mudah dirodok sekiranya perkara ini dianggap ringan oleh semua pihak.

Perkara ini tidak hanya membahayakan perpaduan yang sedia terbina di Malaysia, bahkan ia juga boleh menyebabkan ekonomi negara menjadi tidak stabil dan jatuh.  Hanya kerana nila setitik , rosak susu sebelanga dan hanya kerana biadap maka punahlah pembangunan negara. 

Seperti pandangan Dr. Rahmat Ghazali yang ditulis di dalam artikelnya,( utusan) beliau menyatakan bahawa bagi segala maki hamun tidak akan memberikan apa-apa kebaikan kepada Malaysia khususnya dalam usaha menzahirkan gagasan 1 Malaysia.

Apa yang penting bagi mengawal perkara ini dari menjadi-jadi? Ya, etika inilah yang boleh menjadi penyelamat bagi masalah ini.  Kita telah dididik oleh kedua ibubapa kita dan juga guru-guru kita tentang etika ataupun adap ketika bercakap mahupun menulis sejak dari kecil lagi.  Jadi mengapa kita harus lupakan segala etika tersebut?  Mungkinkah disebabkan emosi dan juga perasaan amarah yang membuak-buak membuatkan kita alpa segala didikan itu.  Jadi kita perlulah bertenang dan berfikir sebelum mengutarakan sesuatu perkara .

Akhir kata, pengguna internet atau siber  itu haruslah menjaga etika dengan menggunakan perkataan-perkataan yang sopan selaras dengan saranan kerajaan untuk menjadikan masyarakat yang bertamadun, berilmu dan intelektual pada masa akan datang. Jangan jadikan alasan kebebasan bersuara sebagai alat untuk memanipulasikan keadaan.  Ayuh, mari kita sama-sama fikirkan

No comments:

Post a Comment